Penyerahan sumbangan kerusi tidur (sleeper chair) bagi kegunaan dan keselesaan penjaga pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan juga Hospital Rehabilitasi Cheras. Kedua-dua institusi kesihatan ini merupakan institusi yang cukup dekat dengan keluarga kami.
Mudah-mudahan sumbangan ini mampu dimanfaatkan oleh pelbagai pihak. Terima kasih petugas barisan hadapan - para doktor, jururawat, kakitangan hospital termasuk pembantu cuci di atas pengorbanan dan jasa kalian.